Sabtu, 16 Mac 2013

BUNGA DAISY

Bunga yang cantik ini dikatakan berasal dari kawasan utara dan tengah Eropah namun ia boleh hidup subur di kawasan Tropika. Ia tergolong kepada keluarga bunga compositae iaitu sekuntum bunga terdiri dari banyak kelopak bunga-bunga yang kecil. Sesetengah masyarakat Melayu menggelarkannya bunga sawi kerana daunnya seakan-akan daun sawi. Ia lebih subur tumbuh di kawasan bersuhu sederhana sejuk.

Perlu berhati-hati ketika menyiramnya kerana tangkai bunganya yang mudah patah.

Warna yang terang dan menyerlah






Boleh ditanam di dalam pasu sekecil ini.Kelihatan comel
Sungguh indah dan menawan untuk dijadikan hiasan di halaman rumah.