Rabu, 8 Mac 2017

BUNGA BUNGA VIETNAM

Di pasar Ben Thant banyak terdapat penjual bunga.
Kebanyakannya menjaja di bahagian luar dinding pasar atau tepi masuk ke pasar. Sungguh menjadi lumrah di sini lelaki yang menggubah bunga.Jambangan bunga amat laris di sini di mana pelanggannya adalah penguasaha hotel, majlis perkhahwinan, gedung perniagaan,kuil Buddha dan pejabat.Ada juga yang membeli untuk di bawa ke tanah perkuburan.

Sangat berkemahiran dalam gubahan bunga


Pengangkutan membawa bunga yang sangat familiar....motosikal.

Isnin, 30 Januari 2017

KOLEKSI HANTARAN ANAK SAUDARA (BOB)

Hantaran dari pihak perempuan
(Nuradibah binti Zainol)

Hantaran ini khas sempena majlis perkahwinan Nuradibah dan Ridzuan yang berlangsung pada 29 Januari 2017.Semoga berbahagia, dimurahkan rezeki dan kekal hingga ke jannah.Amin











Hantaran dari pihak lelaki
(Ridzuan bin Zulkifli)
Yang berasal dari Sik Kedah










Pengantin tiba kompang dipalu,
Siap berkostium serba biru;
Menempuh hidup keluarga baru,
Semoga aman bahagia selalu.

Isnin, 31 Oktober 2016

REUNION SUA 5 SAINS 1 1975

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berjumpa teman lama
kini kami dipertemukan dalam satu majlis reunion pada 2 Oktober 2016.
Ada di antara kami yang tidak pernah bertemu selama 41 tahun.
Sebahagian teman-teman persekolahan tingkatan 5 di SMK Ungku Aziz 
yang dapat hadir pada majlis ini.
Teman-teman persekolahan (perempuan)

Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya kami dapat bertemu.
Hotel Kompit Sungai Besar menjadi saksi pertemuan kami pada kali ini.

Berpuluh tahun tidak berjumpa,
Rakan sekelas tingkatan lima;
Awal pertemuan di alam maya,
Kini bertemu di alam nyata.

Rabu, 24 September 2014

HANTARAN BUAH-BUAHAN







HANTARAN ANAKKU IJAT

Pada 6 September 2014 yang lalu adalah tarikh anakku Mohd 'Izzat melangsungkan majlis akad nikah di Meru Klang. Kami menghantar sembilan dulang hantaran ke sana sekadar mencukupkan syarat. Lihatlah betapa sempoinya hantaran dari kami.

Tepak sirih dan Sirih Junjung

 Kuih Kacau dan Biskut

 Kasut dan Beg Tangan

 Gelang dan Cincin Pertunangan/Perkahwinan

 Bunga Rampai

 Maskahwin RM300

 Sebakul Aneka Buah-buahan

 Telung dan Tafsir Al Quran


Alat Solek

Sejadah berbentuk beg tangan

Hantaran dari kami dibalas dengan penuh eksklusif oleh pihak perempuan sebanyak sebelas dulang.

Sirih Junjung

 Kamera Digital

 Sepasang Kasut

 Sejadah

 Sedulang Buah-buahan

 Kek Perkahwinan


 Bunga Rampai

 Biskut


Buku Agama

Alhamdulillah .Majlis pernikahan berlangsung dengan lancar. Bertambahlah menantu kami.