Khamis, 5 Disember 2013

SAMBAL TAHUN (JAWA)

Sediakan bahan-bahannya:
 1 kilo perut lembu dipotong memanjang 1x 5 cm
(boleh tukar dengan kerang, kulit lembu, hempedal ayam atau kaki ayam)
400 gm taucu (tidak perlu garam kerana taucu sudah cukup masin)
1 kilo lengkuas muda dipotong sebesar batang mancis
3 biji bawang besar dimayang (hiris nipis)
1 labu bawang putih dimayang 
4 batang serai dititik
200 gm ikan bilis siap kopek
2 biji kelapa diparut dan ambil santannya
2 senduk minyak untuk menumis
1 mangkuk kecil cili padi dibuang tangkainya
2 sudu makan belacan yang telah dihancurkan
Gula secukup rasa (jangan terlalu manis) bagi menggantikan serbuk perasa.

Kaedah :
Tumis bawang besar,bawang putih hingga keluar bau
Masukkan lengkuas dan tumis hingga hampir empuk
Masukkan cili padi dan belacan dan tumis hingga kedengaran letupan-letupan kecil
Masukkan pula perut lembu dan ikan bilis beserta santan cair kira-kira 2 mangkuk dan didihkan hingga perut menjadi hampir lembut 
Akhir sekali masukkan taucu dan gula dan kacau hingga mendidih.

 1 kilo lengkuas muda di potong halus seperti batang mancis

 3 biji bawang besar dihiris
1 labu bawang putih dihiris

 4 batang serai dititik

Sambal tahun yang telah siap dimasak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan