Khamis, 5 Disember 2013

MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN

 Kuih Akok

 Bunga Tanjung

 Jala Emas



Pulut Panggang manis (tanpa inti)

 Ubi Keladi Rebus

 Tapai Pulut Dibungkus Daun Getah

 Sate Usus

Ketupat Kelantan (mengandungi nasi impit berinti sambal udang dan serunding kelapa)

 Jagung Umpil Rebus

 Kerabu Kaki Ayam

 Laksam

Nasi Kerabu

Tok Serban
 Serunding Daging dan Ayam

Keropok lekor /Gonde

SAMBAL TAHUN (JAWA)

Sediakan bahan-bahannya:
 1 kilo perut lembu dipotong memanjang 1x 5 cm
(boleh tukar dengan kerang, kulit lembu, hempedal ayam atau kaki ayam)
400 gm taucu (tidak perlu garam kerana taucu sudah cukup masin)
1 kilo lengkuas muda dipotong sebesar batang mancis
3 biji bawang besar dimayang (hiris nipis)
1 labu bawang putih dimayang 
4 batang serai dititik
200 gm ikan bilis siap kopek
2 biji kelapa diparut dan ambil santannya
2 senduk minyak untuk menumis
1 mangkuk kecil cili padi dibuang tangkainya
2 sudu makan belacan yang telah dihancurkan
Gula secukup rasa (jangan terlalu manis) bagi menggantikan serbuk perasa.

Kaedah :
Tumis bawang besar,bawang putih hingga keluar bau
Masukkan lengkuas dan tumis hingga hampir empuk
Masukkan cili padi dan belacan dan tumis hingga kedengaran letupan-letupan kecil
Masukkan pula perut lembu dan ikan bilis beserta santan cair kira-kira 2 mangkuk dan didihkan hingga perut menjadi hampir lembut 
Akhir sekali masukkan taucu dan gula dan kacau hingga mendidih.

 1 kilo lengkuas muda di potong halus seperti batang mancis

 3 biji bawang besar dihiris
1 labu bawang putih dihiris

 4 batang serai dititik

Sambal tahun yang telah siap dimasak

Isnin, 26 Ogos 2013

BUNGA TIGA BULAN

Dalam masyarakat Melayu ia dikenali juga sebagai bunga Siti Zubaidah. Nama saintifiknya adalah hydrangea macrophylla. Ia dipangiil tiga bulan kerana bunganya mekar bertahan lama sehingga tiga bulan.





Ahad, 28 Julai 2013

HALWA BELIMBING BULUH

Biasanya apabila tiba musim belimbimg buluh berbuah, selalunya banyak buah tersebut gugur begitu sahaja ke tanah .Buahnya yang masam tidak digemari oleh masyarakat kita. Kalau ada pun cuma untuk dibuat sambal belacan atau dicampur dalam masak lemak ikan kembung. Untuk mengelakkan pembaziran buah belimbing boleh dijadikan halwa.InsyaAllah anda akan menggemarinya kerana rasanya yang masam-masam manis.

Biasanya belimbing buluh berwarna hijau tetapi yang ini dari jenis yang berwarna kuning.Petik buah belimbing buluh tidak kira besar ataupun yang kecil dan bersihkan.

Rendam dalam balang berisi air yang telah dicampur tiga sudu makan garam dan sesudu makan kapur sirih selama satu malam.Esoknya cuci belimbing itu bersih-bersih untuk menghilangkan rasa kapur dan garam.Mengikut kaedah ini kita tidak perlu mencucuk buah belimbing: bertujuan supaya rasanya tidak terlalu manis nanti.


Masakkan sesuku balang air dengan sekilo gula pasir hingga mendidih.Masukkan sedikit pewarna kuning telur untuk menghasilkan warna yang ceria. Sejukkan air gula lebih kurang satu jam.

Masukkan air gula ke dalam balang yang telah berisi belimbing yang telah dibersihkan tadi.Biarkan selama dua hari di dalam peti ais bersuhu 13 darjah Celcius.

Setelah dua hari, tuangkan air gula dari balang yang berisi belimbing(belimbing tak perlu dikeluarkan) ke dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.Sejukkan kira-kira satu jam. Seterusnya masukkan semula air gula itu ke dalam balang berisi belimbing. Ulang proses memanaska air gula ini selang seminggu pula sehingga rasa belimbing berubah menjadi masam-masam manis.
Beginilah rupa halwa belimbing buluh yang sudah boleh dimakan. Untuk mendapatkan halwa yang kering, toskan air gula dan jemur halwa belimbing di panas matahari.
Selamat mencuba

Isnin, 20 Mei 2013

HIDANGAN TRADISIONAL

 Jemput-jemput Udang
Murah dan senang disediakan.Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

 Pulut dan Rendang Ayam

Tahu Sumbat
Makanan yang dipopularkan oleh masyarakat cina di Malaysia.

 Tempe Goreng Berempah
Makanan kegemaran masyarakat Jawa 

 Putu Cawan

Kuih Jala dan Gulai

Ubi Kayu Rebus

Lepat dan Ketupat Bungkus Daun Pisang 
Ketupat bungkus ini  hanya terdapat di Kampung Sungai Air Tawar,Sabak Bernam ,Selangor.

Pisang Goreng

 Laksam
Kuahnya pekat,dimakan bersama sayur ulaman-ulaman.Masyarakat dahulu di pantai timur memakannya menggunakan tangan (tidak menggunakan sudu dan garpu).

Kuih Cara

 Punten
Makanan tradisional masyarakat Jawa.Nasi ditumbuh bersama kelapa parut dan sedikit garam.Rasanya lemak-lemak masin.

 Lempeng Maggi

Lempeng

 Ubi Rebus dan Pulut

Punten

Nasi Dagang
Terkenal di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Puding Laici

Apam Tepung Beras

Apam Johol
Makanan tradisi yang terkenal di Negeri Sembilan.Apam ini dibungkus dengan daun rambai sebelum di kukus